MAHKOTA DEWA -Phaleria macrocarpa (Scheff.) Boerl
PROSISTANI (Projek Siswazah Tani Sdn. Bhd. 891948-U) Pembekal Anak Benih Mahkota Dewa & produknya , pelbagai tanaman .
Lot LMS A126/98, Jalan Kuantan Bypass, Pandan 2, 26070 KUANTAN Tel:o199660928, 0139090928 Google engine: http://prosistani .wordpress.com , gmail: projeksiswazahtani@gmail.com
PENGENALAN
Pokok Mahkota Dewa berasal dari Papua/ Irian Jaya. Nama Saintifiknya adalah Phaleria macrocarpa dan termasuk di dalam keluarga Thymelaecae. Pokok ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang, rajin berbunga dan bilangan bunganya amat banyak . Buahnya yang lebat dianggarkan 60 biji sepokok pada satu musim berbuah.
Ketinggiannya sekitar 1-2 meter bagi tempoh 5 tahun ditanam dan bergantung kepada penyelenggaraan pokok serta jenis tanah.. Ianya sesuai ditanam di dalam pasu dan di atas tanah. Keadaan ini menyebabkan pokok Mahkota Dewa sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan/landskap dan ubatan.
KHASIAT MAHKOTA DEWA
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.
Antaranya seperti berikut :-
* Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
* Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
*Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
* Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
* Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
* Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
* Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
* Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
* Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
* Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan.
*engurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
* Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim.
* Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza
* Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi
BAHAGIAN POHON
DAUN
Mahkota Dewa mempunyai daun yang hampir sama dengan pokok Cestrum nocturnum. Daunnya sedikit memanjangdan hujungnya runcing, daunya licin, tidak berbulu dan sederhana besar.
BUNGA
Mahkota Dewa mengeluarkan bunga berwarna putih seperti bunga Eugenia aromatica dan berbau harum. Ianya rajin berbunga dan lebat.
BUAH MAHKOTA DEWA
Buah Mahkota Dewa adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada penyelenggaraan pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah kepada warna merah muda. Kulit buahnya mula berubah warna dari warna merah muda kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.
PENGERINGAN & PENYIMPANAN HERBA MAHKOTA DEWA
Pengeringan dilakukan secepat mungkin, lama masa pengeringan bergantung kepada bahagian mana yang dikeringkan pada suhu pengeringan. Selepas dikeringkan , herba disimpan dalam bekas kalis cahaya, udara dan serangga supaya ianya tidak rosak, pudar dan aromanya berubah.
Dalam usaha menilai dan menentukan pengeringan herba Mahkota Dewa , faktor-faktor yang mempengaruhi pengeringan seperti suhu dan masa pengeringan, kelajuan udara, muatan dulang dan nilai pH perlu diambil kira oleh pengusaha herba seterusnya pengguna.
Suhu, masa dan kelembapan bandingan di dalam bilik penyimpanan dapat mempengaruhi mutu hasilan . Bagi mendapatkan mutu herba yang baik, pengawasan ke atas proses metabolisme di dalam bilik penyimpanan adalah musthak
PRODUK MAHKOTA DEWA
1. Tea Minuman Mahkota Dewa
2.Bedak
3. Syampoo
4. Sabun Mandi
5. Sabun Muka
4. Minyak Sapu
TEKNIK PEMBIAKAN POKOK MAHKOTA DEWA
Pengenalan.
Teknik pembiakan tumbuhan ini boleh dilakukan secara keratan dahan, tut dan biji benih. Pembiakan secara biji benih dapat menghasilkan bentuk pokok yang cantik/rimbun dan tahan kepada rintangan angin.