MANGGA

Nama Saintifik adalah Mangifera indica Linn. Ianya tergolong dalam famili Anarcadiaceae.

Klon yang sesuai ditanam (Malaysia)

1. Mangga Gincu

DSC_0219

2. Mangga King 1

3. Mangga King 2

4. Mangga Kelapa

5. Mangga Harumanis (MA128)

Didaftarkan :  28.5.1971 oleh jabatan Pertanian.

Asal :  Sungai Nibong, Kuala Selangor.

Ciri- Ciri Klon: Buah sederhana besar, warna kulitnya hijau berkilat ketika muda dan bengkok sedikit di penghujung buah. Kulit buahnya bertukar kepada hijau kekuningan apabila masak. Isi buahnya berwarna oren, tidak bersabut, manis, berair dan bijinya leper dan kesep. Ira isinya halus

 

6. Apple (MA194)

Didaftarkan pada 30.5.1973 oleh Jabatan Pertanian . Ianya berasal dari Wing Lee Nursery , Kajang, Selangor. Saiz buahnya sederhana dan berbentuk bulat. rasanya manis dan baik aromanya apabila cukup masak di atas pokok.

7. Nam Dok Mai (MA223)

8. Chok Anan (MA224)

9. Harumanis (MA128)

 

 

 

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

POKOK MAHKOTA DEWA

MAHKOTA DEWA -Phaleria macrocarpa (Scheff.) Boerl

PROSISTANI (Projek Siswazah Tani Sdn. Bhd. 891948-U) Pembekal  Anak Benih Mahkota Dewa & produknya , pelbagai tanaman  .

 Lot LMS A126/98, Jalan Kuantan Bypass, Pandan 2,   26070 KUANTAN Tel:o199660928, 0139090928                        Google engine: http://prosistani .wordpress.com , gmail: projeksiswazahtani@gmail.com

PENGENALAN

Pokok Mahkota Dewa berasal dari Papua/ Irian Jaya. Nama Saintifiknya adalah Phaleria macrocarpa dan termasuk di dalam keluarga Thymelaecae. Pokok ini mempunyai dahan yang bercabang-cabang, rajin berbunga dan bilangan bunganya amat banyak . Buahnya yang lebat dianggarkan 60 biji sepokok pada satu musim berbuah.

Ketinggiannya sekitar 1-2 meter bagi tempoh 5 tahun ditanam dan bergantung kepada penyelenggaraan pokok serta jenis tanah.. Ianya sesuai ditanam di dalam pasu dan di atas tanah. Keadaan ini menyebabkan pokok Mahkota Dewa sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan/landskap dan ubatan.

 

 

KHASIAT MAHKOTA DEWA

Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat  untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti  daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.

Antaranya seperti berikut :-

* Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah

* Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.

*Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.

* Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup

* Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.

* Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.

* Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.

* Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang

*  Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.

*  Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan.

*engurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner

* Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim.

* Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza

* Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi

 

BAHAGIAN POHON

DAUN

Mahkota Dewa mempunyai daun yang hampir sama dengan pokok Cestrum nocturnum. Daunnya sedikit memanjangdan hujungnya runcing, daunya licin, tidak berbulu dan sederhana besar.

 

  

 

 

 

 

 

 

  BUNGA

Mahkota Dewa  mengeluarkan bunga berwarna putih seperti bunga Eugenia aromatica dan berbau harum. Ianya rajin berbunga dan lebat.

 

 

 BUAH MAHKOTA DEWA

Buah Mahkota Dewa  adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada  penyelenggaraan  pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah  kepada warna  merah muda. Kulit buahnya  mula berubah warna dari warna merah muda  kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.

 

Buah Mahkota  muda tidak sesuai untuk dipetik  dan keringkan kerana kandungan getah pada buahnya masih banyak. Buah muda yang masih keras ini sukar untuk diracik dan  dikeringkan.    

 

 

 

 

PENGERINGAN  & PENYIMPANAN HERBA MAHKOTA DEWA

Pengeringan dilakukan secepat mungkin, lama masa pengeringan bergantung kepada bahagian mana yang dikeringkan pada suhu pengeringan.  Selepas dikeringkan , herba disimpan dalam bekas kalis cahaya, udara dan serangga  supaya ianya tidak rosak, pudar dan aromanya berubah.

Dalam usaha menilai dan menentukan pengeringan herba Mahkota Dewa , faktor-faktor yang mempengaruhi pengeringan  seperti suhu dan masa pengeringan, kelajuan udara, muatan dulang dan nilai pH perlu diambil kira oleh pengusaha herba seterusnya pengguna.

Suhu, masa dan kelembapan bandingan  di dalam bilik penyimpanan  dapat mempengaruhi mutu hasilan . Bagi mendapatkan mutu herba yang baik, pengawasan ke atas proses metabolisme di dalam bilik penyimpanan adalah musthak

PRODUK MAHKOTA DEWA

1. Tea Minuman Mahkota Dewa

2.Bedak

 3. Syampoo

4. Sabun Mandi

5. Sabun Muka

4. Minyak Sapu

TEKNIK PEMBIAKAN POKOK MAHKOTA DEWA

Pengenalan.

Teknik pembiakan tumbuhan ini boleh dilakukan secara keratan dahan, tut dan biji benih. Pembiakan  secara biji benih dapat menghasilkan bentuk pokok yang cantik/rimbun dan tahan kepada rintangan  angin.


Posted in Uncategorized | Leave a comment

LONGAN

Pengenalan

Longan Ping Pong sesuai ditanam di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Ianya telah mula ditanam ditaman-taman perumahan sejak tahun 2000 dan sehingga kini. Disebabkan kekurangan bekalan benih yang bermutu dan kesahihan anak pokok yang dijual dipasaran, klon jenis ini masih mendapat sambutan oleh penanam-penanam untuk menanamnya.

Longan jenis ini hidup subur dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ianya bergantung kepada kadar pembajaan berjadual,  taburan hujan dan peratusan cahaya yang mencukupi, pemangkasan dahan dan ranting pokok dengan betul, ketahanan kepada rintangan penyakit dan kawasan persekitaran yang baik.

Kadar pembuahannya memakan masa selama 6 bulan sehinggalah 18 bulan, mengikut saiz anak pokok yang ditanam. Saiz pokoknya yang sederhana besar dan kadar pertumbuhannya cepat, membolehkan ianya amat sesuai ditanam dikawasan kediaman yang mempunyai kawasan yang sempit.

Posted in Uncategorized | Leave a comment